Ikut Sama,,,
Tuesday, January 10, 2012
Ombak Rindu tragedi murahan
Merujuk karya ilmiah berjudul Makna Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam oleh Prof Muhammad Naquib Al-Attas, Tokoh Melayu Terbilang 2011 merumuskan unsur tragedi bukan lagi wujud dalam bentuk seni, malah ia wujud dalam pengalaman sebenar yang dialami oleh masyarakat Barat.
Menurut al-Attas, “Seakan-akan dalam pengalaman dan kesedaran itu diada-adakan berterusan rasa bersalah-durhaka yang menghantui mereka, yang diajarkan oleh agama sebagai dosa asal yang dilakukan bapa kepada segala insan, yang telah tersilap langkah terpikat oleh peluang yang disodori godaan si penghasut yang mahu menyaksikan kejatuhannya dari rahmat Tuhan.”
Selanjutnya, kejatuhan bapa segala manusia ke lurah kehinaan sebagai “Suatu sumpahan berterusan ke atas anak cucu dengan rundungan berterusan menyebabkan mereka merasa bersalah dan sentiasa menyakiti hati dan fikiran mereka sendiri sepanjang zaman.”
Selepas dibuang ke dunia, seperti pada babak pertengahan karya seni, peranan mereka tetap “Bertelagah dan melakukan keganasan”। Tambah al-Attas, “Ketagihan pada tragedi dan seni yang memperlakonkannya sedemikian laku sehingga agama sekalipun terpaksa ditempa dalam acuan त्रगेदी
MANUSIA PELAKON PENTAS DUNIA
Dunia bagaikan pentas besar di mana insan merekacipta, melakonkan dan menyaksikan drama (lakonan) hidupnya sendiri demi menghasilkan kelegaan diri mereka daripada rasa takut dan hiba akan kesengsaraan diri.” (khatarsis).
Al-Attas merumuskan, “Tragedi bukan lagi suatu bentuk seni, kerana ia telah memberi kesan nyata kepada kebudayaan dan kerohanian Barat pada semua zaman.”
Lebih jauh lagi, fahaman humanisme dan sekularisme yang muncul pada Zaman Pertengahan di Barat, “Beransur serempak dengan munculnya falsafah dan sains sekular yang telah menjadikan tragedi menggantikan agama sebagai jalan untuk memartabatkan keluhuran insan.”
Pengalaman tragedi dalam masyarakat Barat ini dijelaskan al-Attas dalam pengalaman Barat terhadap golongan gereja dan golongan pendeta Kristian yang sudah pastinya berbeza dengan pengalaman Islam.
TRAGEDI IDENTITI DALAM FILEM DI MALAYSIA
Filem Ombak Rindu arahan Osman Ali bermula tragedi Izzah dihantar bapa saudaranya Taha kepada Kelvin, pemilik kelab malam sebagai pelayan kelab dan pelacur sebelum dibeli oleh Hariz sebagai perempuan simpanannya. Babak awal memaparkan alam yang indah dan disusuli Izzah membaca doa selesai membaca al Quran.
Di kelab malam, Izzah dicengkam rahangnya oleh Kelvin dan orang-orangnya lalu dituangkan arak ke dalam mulut Izzah. Baju kurung Izzah dikoyak oleh Kelvin lalu pengsan. Apabila sedar, Izzah melihat Hariz menanggalkan bajunya dan meratah tubuhnya dengan mata nafsu haiwannya.
Izzah bersikap “pasrah” untuk dirogol Hariz. Izzah memaut kaki Hariz merayu-rayu meminta agar dirinya dibeli oleh Hariz. Izzah diperlakukan sebagai wanita murahan, sehingga meminta Hariz menjadikannya sebagai isteri, namun sanggup dinafikan hak-hak sebagai isteri demi menikmati hubungan seks halal. Mereka menikah di Selatan Siam.
Tragedi identiti dan nilai merujuk pada sifat zahir dan batin diri sebagai watak penjahat yang dipenuhi nilai keji seperti khianat, penipuan, pura-pura, munafik dan penonjolan sifat haiwan. Pernikahan Hariz dan Izzah dirahsiakan daripada ibunya oleh Pak Dollah dan isterinya. Mila sebagai selebriti yang baharu pulang dari luar negeri bercakap rojak dan Datin Suffiah yang berambut warna mengerbang, mendedahkan pangkal dada merupakan watak yang dicengkam tragedi identiti dan nilai yang kronis.
Wafiah, sahabat Hariz tiba-tiba muncul memeluk Hariz kecewa akibat cinta, merupakan watak tragedi nilai dan identiti. Taha juga mewakili watak yang mengalami tragedi identiti dan nilai. Pak Dollah dan isterinya sebagai watak manusia beragama yang pasif sekadar pembantu rumah. Sehingga Pak Dollah muncul tiba-tiba menyatakan Hariz adalah anak kandungnya kepada Datin Suffiah sebagai suatu bentuk tragedi identiti dan nilai.
Kerangka
Berdasarkan hujah tersebut, nyatalah Ombak Rindu dibikin dalam kerangka pengalaman Barat dengan penerapan unsur tragedi secara meluas. Penonton sama ada sedar atau tidak disihir dengan tragedi untuk berasa simpati kepada Izzah. Walaupun ada babak Izzah membaca al-Quran dalam bilik diintai oleh Hariz semasa Izzah masih perempuan simpanan Hariz, namun itu bukanlah bukti kuat menunjukkan Hariz bertaubat. Hariz hanya simpati pada Izzah atas tabiat kemanusiaan dan nafsu badaniah sahaja.
Tiada langsung babak memperlihatkan Hariz menunaikan ibadat hatta solat. Agama hanya tempelan sahaja. Kemuncak cerita ini ialah pendedahan tragedi Pak Dollah-Datuk Suffiah, tragedi penceraian Mila-Hariz. Walaupun Hariz dan Izzah menaiki kapal layar namun tiada babak menunjukkan Hariz berubah menjadi baik kerana agama, melainkan perubahan kerana simpati dan nafsu badaniah sahaja terhadap Izzah.
Hal ini berbeza dengan pengalaman Islam dimana Adam a.s yang sedar lalu memohon ampun dosanya biarpun terlontar ke dunia. Allah menjanjikan kepada Adam a.s dan zuriatnya hidayat dan keselamatan bagi mereka yang ikhlas melaksanakan agama Allah. Merajalelanya watak Datuk Suffiah, ingkar dan kerasnya Mila dan ketiadaan babak Hariz pulang kepada Allah membuktikan filem ini adalah filem tragedi murahan semata-mata.
Citra Agama
Manakala citra agama menerusi Izzah dalam keadaan terhina, ketidakupayaan dan pasrah dalam lembah kehinaan. Agama pada Izaah hanya pada tudung, kenaifan, mengajar dan membaca al-Quran. Agama pada Pak Dollah dan isterinya pada songkok dan pergi haji. Sampai bila kita hendak menyaksikan watak Melayu pincang dan keliru? Bilakah kita boleh berbangga pada filem kita yang mengangkat keunggulan identiti dan nilai jatidiri kita?
Usah tertipu aspek teknikal filem seperti sinematografi, pencahayaan, pengarahan dan lakonan sahaja, namun falsafahnya hancur mengaibkan orang Melayu dan Islam.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_13.htm
Wednesday, September 7, 2011
Friday, May 27, 2011
12 Kata "Jangan Menunggu " Yang Perlu Dihindari
12 Kata "Jangan Menunggu " Yang Perlu Dihindari
Hari ini insyaALLAH nak kongsi sikit satu artikel yang telah dicopy (copy lagi) dari satu blog. Saya telah pun meminta izin dari tuan punya artikel ini untuk mengcopy tulisan dia ini. InsyaALLAH ada manfaat yang boleh diambil dari apa yang cuba disampaikan melalui tulisan tuan artikel ini. So, hope anda semua enjoy dengan apa yang disampaikan dan cubalah untuk mempaktikkannya dalam kehidupan seharian anda !!!
1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu kian bahagia.
2. Jangan menunggu kaya baru nak bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.
3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.
4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan...
5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu akan memahami kamu.
6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis. Tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.
7. Jangan menunggu projek baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.
8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.
9. Jangan menunggu banyak duit baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah,. bukan sekadar duit yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.
10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikutinya, tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.
11. Jangan menunggu dah berjaya baru bersyukur. Tapi bersyukurlah, maka bertambah kejayaanmu.
12. Jangan menunggu diberi peluang baru melakukan, tapi lakukanlah, maka pasti banyak peluang yang akan datang menjelma.
Do it now.....You can !!!
InsyaAllah.. segalanya dengan izinNya..
Wallahu'alam...
23 Jamadil Akhir 1432 - 26 Mei 2011
10;35 p.m
Hayyu Assyir, Kaherah, Mesir
Saturday, March 26, 2011
Thursday, March 24, 2011
mengutip ibrah dicelah pengalaman hidup
Monday, March 7, 2011

Dalam bahagian ke 2 buku Apa Erti Saya Menganut Islam, perbahasannya lebih menjurus ke arah komitmen yang lebih jelas terhadap gerakan Islam. Bahagian pertama meliputi perkara asasi bagi seorang muslim. Selesai perkara asasi ini, seorang muslim mesti menjadikan dirinya berkualiti di sisi Allah. Lantas, almarhum Fathi Yakan menghuraikan perkara ini dalam bahagian ke 2 ini.
hidup utk Islam (16)Bab 1: Saya Mesti Hidup Untuk Islam
Pengakuan beragama Islam bererti saya mesti hidup berdasarkan Islam, baik dari segi keyakinan, ibadah mahupun akhlak. Kalau saya mengaku sebagai seorang muslim ertinya diri saya, rumah-tangga saya dan ahli keluarga saya mestilah menghayati Islam. Pengakuan itu memaksa saya wajib hidup untuk memperjuangkannya. Seluruh jiwa raga dan kemampuan saya harus diarahkan untuk memperkuatkan agama dan meluaskan pengaruhnya. Dalam dunia ini ada tiga kategori manusia:
i. Golongan Yang Hidup Untuk Dunia Sahaja.
Golongan ini ialah golongan kebendaan (materialis), samada berdasarkan falsafah mahupun golongan “Dahriyyin”. Pandangan Dahriyyin ini dijelaskan oleh Al-Quran yang bermaksud: ‘Dan tentulah mereka akan berkata pula: Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati.’ Al-An’aam, : 29.
Allah berfirman yang bermaksud: ‘Dan mereka berkata: Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.’ Al-Jaathiyah: 24.
Orang-orang komunis dan rakan-rakan mereka dari golongan sekular atau penganut fahaman existensialism juga beranggapan sedemikian. Dalam satu ulasan yang ditulis oleh Joseph Stalin terhadap pendapat seorang ahli falsafah yang mengatakan: “Alam ini tidak dicipta oleh mana-mana Tuhan atau insan. Ia terjadi dengan sendirinya dan akan kekal berterusan sebagaimana adanya. Ia merupakan obor kehidupan yang terus menyala dan akan padam berdasarkan hukum-hakam yang tertentu”. Lenin menyatakan: “Ini adalah satu analisis yang indah terhadap dialektik materialism”.
Sebenarnya apabila manusia mengingkari wujudnya kehidupan selepas alam nyata, mengingkari adanya hari perhitungan terhadap segenap perilaku malah seluruh cita dan usahanya akan tertumpu hanya untuk merangkul dunia yang fana ini. Ilmunya pun sekadar itu juga.
ii. Golongan Yang Sesat Antara Dunia dan Akhirat.
Mereka ini adalah terdiri dari golongan minoriti, akidah mereka bersimpang siur dan usaha mereka di dunia ini adalah usaha yang sia-sia, tanpa berkat dan restu Allah. Namun mereka menyangka yang mereka telah berbuat baik.
Orang ini walaupun percaya pada Allah dan hari Akhirat, namun akidah mereka tidak lebih dari gambaran palsu yang terpisah dan terputus dari realiti kehidupan.
Mereka ini pada hakikatnya termasuk dalam golongan yang menganut fahaman kebendaan sekalipun pada zahirnya mereka melakukan sebahagian dari upacara-upacara kerohanian. Tepatlah seperti yang dikatakan oleh penyair di dalam sepotong syairnya:
Kita tampungkan kecacatan dunia kita,
Dengan mengoyakkan agama kita,
Akhirnya rosak kedua-duanya,
Baik dunia mahupun agama,
Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna di dalam Risalahnya yang bertajuk “Fi Ayyi Nad’un Nas (Ke mana kita ingin menyeru manusia)” menyatakan: “Sebenarnya Al-Quran telah menentukan matlamat kehidupan dan tujuan-tujuan kehidupan manusia …” Ia menerangkan segolongan manusia yang hidup mereka adalah untuk makan minum dan menikmati kelazatan dunia.
Firman Allah yang bermaksud: ‘Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang Nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.’ Muhammad: 12.
Al-Quran menerangkan adanya segolongan manusia yang tujuan hidup mereka adalah untuk menikmati perhiasan dan bersenang-senang dengan kemewahan, dalam firman Allah yang bermaksud: ‘Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).’ Aali Imran: 14.
Al-Quran juga menerangkan gelagat segolongan manusia yang hidup mereka di dunia adalah mengadakan angkara fitnah, menyuburkan kejahatan dan kerosakan, dalam sebuah firman Allah yang bermaksud: ‘Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya) dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). Kemudian apabila dia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah dia di bumi, untuk melakukan bencana padanya dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.’ Al-Baqarah: 204 – 205.
Demikianlah tujuan-tujuan hidup manusia di dunia. Allah s.w.t telah membersihkan orang-orang mukmin daru tujuan-tujuan yang salah dengan memberikan tanggungjawab dan kewajipan yang tinggi lagi mulia. Tanggungjawab tersebut ialah menunjukkan kebenaran Islam kepada manusia. Mengajak manusia seluruhnya kepada kebajikan dan menyinarkan seluruh alam ini dengan cahaya Islam.
iii. Golongan Yang Menganggap Dunia ini Adalah Ladang Tanaman Untuk Di Akhirat.
Mereka inilah golongan yang benar-benar beriman, mereka mengetahui hakikat hidup ini. Mereka menginsafi nilai hidup di dunia ini dibandingkan dengan akhirat kerana firman Allah s.w.t yang bermaksud: ‘Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?’ Al-An’aam: 32.
Ekoran dari rendahnya nilai dunia jika dibandingkan dengan akhirat maka kehidupan dunia tidaklah sampai menghalang dan menyibukkan mereka daripada melaksanakan tujuan dan matlamat mereka diciptakan oleh Allah.
Firman Allah yang bermaksud: ‘Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.’ Az-Zariyaat: 56.
Orang-orang yang benar menggabungkan dirinya dengan Islam menganggap dunia ini sebagai medan untuk mereka berbakti mentaati Allah dan memperolehi keredaan-Nya. Seluruh hidup mereka baik ilmu pengetahuan, perniagaan, harta kekayaan, rumah tangga, masa dan waktu serta pemikiran mereka semuanya dicurahkan untuk tujuan mentaati Allah. Sebaliknya golongan kebendaan menggunakan segala kurniaan tersebut demi untuk memuaskan hawa nafsu dan keinginan syahwat.
Kenyataan ini telah dibuktikan dengan sebahagian besar ciptaan-ciptaan (kemajuan) zaman moden ini dan kebanyakan hasil perahan daya fikiran manusia bertujuan untuk menyogokkan kepada manusia kelazatan dan kerehatan jasmaninya bukan bertujuan untuk membangunkan alam sejagat ini dengan nilai-nilai kebaikan, kedamaian dan ketenangan. Kemajuan alat-alat rekaan baru seperti kereta, pesawat, kapal terbang, mesin basuh, peti sejuk, alat-alat solek, perabut rumah, pakaian, alat-alat hiburanmalahan ribuan ciptaan yang dioleh kilang perusahaan yang moden dan canggih pada hari ini, semuanya bertujuan memberikan kerehatan, keselesaan kepada hidup manusia.
Dalam konteks ini walaupun Islam sama sekali tidak melarang mengkaji (menyelidik), mencipta dan menghasilkan sesuatu, namun ia haruslah dilakukan dengan syarat:
1. Dengan kadar yang tidak membawa manusia kepada kemudaratan atau bahaya.
2. Dalam bentuk yang boleh mendatangkan kebaikan dan kebajikan dalam masyarakat. Ertinya, kerja-kerja tersebut hendaklah diperhatikan dari segi penyesuaiannya dengan syarak dan akhlak.
Dalam hubungan ini Imam Hasan Al-Banna di dalam risalah, “Ke Mana Kita Menyeru Manusia” mengatakan: “Demi Tuhanmu, wahai saudara yang dimuliakan; adakah umat Islam memahami pengertian ini (dari Kitab Allah) yang menyebabkan jiwa mereka akan menjadi tinggi, semangat mereka akan meningkat malah mereka akan bebas dari belenggu kebendaan. Mereka akan terhindar dari godaan syahwat dan keinginan nafsu serta menjauhi perkara-perkara yang sia-sia dan tujuan-tujuan yang penuh kehinaan.
Dengan kefahaman ini mereka dapat meluruskan tujuan dan haluan mereka kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, ikhlas mempertahankan kalimah Allah, berjihad pada jalan-Nya, menyebarkan agama-Nya dan mempertahankan syariat-Nya atau sebaliknya mereka ditawan oleh syahwat dan menjadi hamba kepada kerakusan nafsu serakah. Seluruh impian mereka hanyalah untuk mengisi uncang perut mereka dengan makanan yang lazat, kenderaan yang cantik, tidur yang nyenyak dan gelaran-gelaran yang kosong”.
Seorang penyair menyatakan:
Mereka bersenang-senang dengan angan-angan khayalan,
Sedangkan segala pemberian adalah ujian,
Mereka mendakwa telah mengharungi lautan dengan,
Sesungguhnya mereka belumpun bertemu ujian,
Sesungguhnya benarlah sabda Rasulullah s.a.w yang menyebut yang bermaksud:
‘Celakalah (orang yang hidupnya menjadi) hamba abdi dinar, celakalah (orang yang hidupnya menjadi) hamba abdi dirham. Celakalah (orang yang) menjadi hamba abdi kepada pakaian’.
(Hadis riwayat Imam Bukhari).
Bagaimana Cara Saya Hidup Untuk Islam:
Supaya hidup ini terarah menurut lunas-lunas Islam maka beberapa masalah pokok haruslah difahami serta dihayati sebagai satu kewajipan.
Contohnya:
i. Mengenal Tujuan Hidup.
Firman Allah yang bermaksud: ‘Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.’ Az-Zaariyaat: 56.
Firman Allah yang ke seterusnya yang bermaksud: ‘Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang ArasyNya berada di atas air (Dia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.’ Hud: 7.
ii. Menginsafi Nilai Dunia Ini Dibandingkan Dengan Akhirat.
Firman Allah yang bermaksud: ‘Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.’ At-Taubah: 38.
Firman-Nya lagi yang bermaksud: ‘Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).’ Aali Imran: 14.
Diriwayatkan, pada suatu ketika Rasulullah s.a.w menghadap ke suatu tempat membuang sampah (mazbalah), lalu baginda memanggil para sahabat baginda sambil bersabda: “Ayuhlah, kejarlah dunia”; kemudian baginda mengambil cebisan kain yang telah usang dan tulang-tulang yang sudah reput sambil berkata: “Inilah dunia”. (Ibn AbidDunya dan alBaihaqi-mursal)
Menurut riwayat yang lain, pada suatu hari Rasulullah s.a.w melihat kepada bangkai anak kambing yang dibuang oleh tuannya lalu baginda berpaling kepada para sahabatnya dan bersabda: “Adakah kamu melihat betapa hinanya bangkai kambing itu di sisi tuannya, demi Allah dunia ini lebih hina di sisi Allah melebihi kehinaan kambing tersebut di sisi tuannya. Kalaulah nilai dunia ini menyamai nilai sebelah sayap seekor nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi seteguk airpun untuk minuman orang kafir”. (Tirmizi, Ibn Majah, alHakim. Kata Tirmizi: Hadis hasan sahih)
Baginda juga bersabda: “Hari kiamat semakin hampir sedangkan manusia semakin tamak-rakus kepada dunia dan mereka juga semakin jauh dengan Allah”. (Tirmizi, Ibn Majah dan alHakim)
Baginda juga bersabda: “Dunia ini adalah penjara untuk orang mukmin dan syurga bagi orang kafir”. (Muslim)
iii. Menginsafi Bahawa Maut Pasti Tiba.
Firman Allah yang bermaksud: ‘Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.’ Ar-Rahmaan: 26 – 27.
Firman Allah yang bermaksud: ‘Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.’ Aali Imran: 185.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
‘Sentiasalah mengingati pemusnah kelazatan dan pemisah golongan-golongan (iaitu kematian).’ (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban).
Abu Zar Al-Ghiffari r.a berkata: “Saya berkata kepada Rasulullah s.a.w: Apakah kandungan Suhuf Nabi Musa?” Baginda menjawab: “Keseluruhannya adalah pengajaran”. Aku merasa hairan terhadap orang yang yakin kepada kematian tetapi ia masih terus bergembira, Aku hairan kepada orang yang yakin tentang neraka tetapi ia masih ketawa, Aku hairan terhadap orang yang meyakini qadar ketentuan Allah tetapi masih kecewa, Aku hairan terhadap orang yang melihat dunia yang membolak-balik penghuninya tetapi ia masih merasa aman terhadap dunia, Aku juga merasa hairan terhadap orang yang meyakini adanya hisab di kemudian hari tetapi masih tetap tidak beramal (untuk bekalan)”.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, bahawa beliau keluar bersama-sama Rasulullah s.a.w mengiringi jenazah. Rasulullah s.a.w bersabda sambil duduk menghadap ke arah sebuah kubur: “Tiap hari kubur ini menyeru dengan nyaringnya: Hai anak Adam lupakan engkau kepada aku. Tidakkah engkau ketahui bahawa aku ini tempat keseorangan, tempat kesunyian, tempat cacing dan tempat yang sempit kecuali yang Allah lapangkan baginya”. Kemudian baginda bersabda: “Kubur ini adalah salah satu taman dari taman-taman syurga atau (sebaliknya) salah satu lubang dari lubang-lubang neraka”. (Diriwayatkan oleh Tabrani).
iv. Mengetahui Hakikat Islam.
Iaitu dengan mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu agama, dasar-dasar, hukum-hakam, yang halal dan yang haram.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
‘Dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.’ Taha: 114.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dengan belajar dan kefahaman pula hanya didapati dengan mendalaminya, sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan pada dirinya, diberikan kefahaman yang mendalam di dalam urusan agama” (Riwayat Tabrani).
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya para Nabi tidaklah meninggalkan dinar dan dirham. Hanya mereka yang meninggalkan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya ia telah mengambil bahagian yang lumayan”. (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).
v. Mengetahui Hakikat Jahiliah.
Iaitu dengan meneliti ciri-ciri pemikiran jahiliah, aliran-aliran dan perancangannya. Di samping menyingkap akibat-akibat dan keburukannya. Dengan memahami hakikat ini kita tidak terperangkap ke dalajaring-jaringnya selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesiapa yang mempelajari bahawa suatu kaum ia terselamat dari rancangan jahat mereka”.
Sifat-sifat Mereka Yang Hidup Untuk Islam.
Jika saya seorang yang menghayati Islam dan hidup untuk memperjuangkan Islam maka tentulah bentuk serta corak hidup saya berbeza dengan manusia yang lain. Antara bentuk dan corak tersebut ialah:
i. Benar-benar Terikat dan Menurut Ajaran Islam.
Iman itu bukanlah hanya dengan angan-angan sahaja, tetapi ia adalah suatu yang tertunjang di dalam hati dan dibuktikan oleh perbuatan. Di dalam firman Allah selalu sahaja mengaitkan antara iman dan amal.
Di antaranya ayat yang bermaksud: ‘Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh.’ Al-Asr: 3.
dan ayat yang bermaksud: ‘Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?’ Al-Baqarah: 44.
dan ayat yang bermaksud: ‘Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.’ As-Saff: 3.
Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali berkata: “Dua lelaki telah memberi musibah ke atas diriku, pertama orang alim yang melanggar larangan agama dan kedua orang jahil yang beribadat. Si jahil memperdayakan orang ramai dengan ibadatnya manakala si alim pula memperdaya orang ramai dengan pelanggaran terhadap agama”. Rasulullah s.a.w berwasiat kepada seluruh umat Islam supaya berjaya-jaga:
“Jadilah kamu orang-orang yang memelihara ilmu dan janganlah kamu menjadi tukang riwayat”. (Riwayat Abu Nu’aim).
ii. Mengutamakan Kepentingan Islam.
Berhubung dengan tuntutan ini Rasulullah s.a.w bersabda: “Berkisarlah kamu bersama-sama dengan Kitab Allah (untuk kepentingan Islam) di mana kepentingan berkisar-kisar”.
Baginda juga bersabda: “Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat perihal orang Islam maka dia bukanlah dari golongan mereka”.
Rasulullah s.a.w menjelaskan perkara ini secara langsung: “Engkau memegang pos penting dari pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat terlepas dari pengawasan kamu”.
Di dalam peperangan Uhud Saad bin Ar-Rabie’ ditemui di dalam saat-saat menghampiri maut sedang di tubuhnya terdapat tujuh puluh liang luka kerana rejaman tombak, tetakan pedang dan tusukan panah, lalu ia menoleh kepada Zaid bin Thabit lalu berkata: “Katakanlah (sampaikanlah berita ini) kepada Rasulullah s.a.w, sesungguhnya saya telah mencium bau syurga dan beritahulah kaumku orang-orang Ansar, tidak ada keuzuran mereka di sisi Allah sekiranya mereka benar-benar ikhlas kepad Rasulullah s.a.w selama mata kamu masih belum pejam, kemudian di saat itu juga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir”.
iii. Merasa Mulia Dengan Kebenaran Islam dan Yakin Kepada Allah.
Ini adalah di antara sifat-sifat orang yang beriman.
Firman Allah yang bermaksud: ‘Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman.’ Al-Munafiquun: 8.
Firman-Nya lagi yang bermaksud: ‘Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.’ Aali Imraan: 139.
Diriwayatkan pula bahawa ketika orang-orang Islam yang berhijrah mencari perlindungan kerana mempertahankan agama mereka di Habsyah, lalu mereka masuk menghadap raja Najasyi, lantas paderi dan pendeta yang ada di situ meminta mereka sujud untuk menghormati raja. Tetapi Jaafar bin Abi Talib yang menjadi ketua rombongan menjawab: “Kami adalah satu kaum yang tidak sujud kecuali kepada Allah”.
Malah di dalam sejarah Islam kita menemui ratusan contoh yang memperlihatkan kemuliaan, ketegasan pendirian dan keberanian yang dirakamkan oleh generasi pertama umat Islam seperti Khubaib bin Adi, Zaid bin Ad-Dathanah, Rub’ie bin Amir, Mus’ab bin Umair, Said bin Jubair, Said bin Al-Musayyab dan lain-lain yang sewajar dipelajari perjalanan hidup mereka untuk dijadikan contoh teladan.
iv. Beriltizam Dengan Kerja-kerja Islam dan Kerjasama Dengan Aktiviti-aktiviti Islam.
Apabila saya mengaku sebagai seorang muslim, maka saya wajib bekerja untuk Islam. Saya patut bekerja dalam satu jemaah, bekerjasama dengan pendakwah lain yang menyeru kepada Allah dan menyuruh kepada kebaikan serta mencegah keburukan. Saya harus bekerja keras untuk mengujudkan individu muslim, rumah tangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang benar-benar Islam.
Allah berfirman yang bermaksud: ‘Kami akan menguatkan tenaga dan daya usahamu dengan saudaramu (Harun).’ Al-Qasas: 35.
Firman-Nya lagi yang bermaksud: ‘Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.’ Al-Maidah: 2.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Seseorang muslim dengan seorang muslim yang lain laksana satu bangunan yang tersusun, saling kuat-menguatkan di antara satu sama lain”.
Sabda baginda lagi: “Tangan (atau pertolongan) Allah itu bersama jemaah. Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpisah (dari kumpulannya)”.
Sabdanya lagi: “Kamu wajib bersama jemaah muslimin dan Iman (pemimpin) mereka”.
Sabda baginda yang lain: “Jemaah itu berkat”.
“Jemaah itu rahmat dan perpecahan itu azab”.
Sunday, July 11, 2010
Persediaan Pelajar Ke Mesir
Blog ini adalah hasil copy paste daripada SEORANG wartawan Persatuan Melayu Republik Arab Malaysia(PMRAM)
................................................................................................................
Salam aleik..
Atas kemalasan yang tersangat malas walaupun takdela malas sangat, lalu aku mengkopi pes kan entri ni daripada blog ust pamie..
apakah persamaan dan perbezaan antara serabut berserabut keserabutan penyerabutan diserabutkan menyerabutkan diserabuti akar serabut rambut berserabut berus sabut dan sabut kelapa?
persamaannya semua itu ditulis dalam bahasa melayu..
perbezaannya tak semua bende kat atas tu ade kat aku..
contohnya sabut kelapa takde kat aku sebab aku seniri pon dah lama tak nampak kelapa kat mesir nih..
tapi bilamana aku menulis bahawasanya tak semua bende tu ade kat aku.. ini bermakna ade sebahagian bende tu yang ade kat aku..
ahhh.. ape bende la main ayat2 camni.. aku tak paham.. cakap jelah terus terang.. aku serabuttt! banyaknyeee bende nak kene pikir.. hadehhh~
........................
sebenarnye ada permintaan daripada seseorang.. [tapi jangan pulak kate seseorang ni menyerabutkan aku ek.. tade2 dun wuri..] beliau memintak tolong aku untuk menyenaraikan beberapa persediaan untuk ke mesir.. ini pun setelah soalan ni didemand oleh adik2 junior beliau yang bakal menjejakkan kaki ke bumi anbiya.. bumi kinanah yang penuh barakah ni.. standard lah.. bagi mereka yang takde pengalaman lagi pegi ke obersea.. tentunya membuat persediaan untuk memikirkan barang apekah yang nak dibawak ke sane adalah sesuatu yang amat merunsing dan menyerabutkan.. tapi nak kabonye keserabutan aku kat atas tadi tu takde kene mengena pun dengan persediaan bebudak yang nak pegi mesir ni.. kami cuma berkongsi satu perasaan.. iaitu keserabutan!
perlu diingat bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke mesir.. ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian.. kita akan melihat daripada beberapa sudut 90darjah celcius.. secara umumnya persediaan untuk ke mesir ini terbahagi kepada 3 bahagian
1. PERSEDIAAN ROHANI @ MENTAL
2. PERSEDIAAN JASMANI @ FIZIKAL
3. PERSEDIAAN MATERIAL @ BARANG2
kita akan cuba huraikan satu persatu oke.. agar semua dapat melakukan persediaan yang mantop dan berdedikasi serta berhemah tinggi sebelum kapal terobang kome semua fly high to the sky.. dont stop at the top touch the sky before you drop..
PERSEDIAAN ROHANI @ MENTAL
aku tau korang semua takde penyakit mental.. kalo tak mustahil pulak doktor bagi lepas korang punye medical check up pegi sambung lajo kat mesir kan.. tambah lagi yang nak sambung bidang medic.. lagi lah.. korang pegi sini nak jadi doktor nak balik sembuhkan orang yang mental.. tengok2 korang mental dulu.. hahaha..
perlu lah diambil perhatian bahawa sesungguhnya mesir bukanlah sebuah negara moden yang canggih seperti jepun.. korang akan berhadapan dengan situasi yang amat berbeza disini.. satu kehidupan yang jauh berbeza dengan kehidupan mewah dan senang lenang korang kat malaysia tercinta.. satu kehidupan yang korang tak dapat bayangkan macam ni rupanya kehidupan melainkan dengan merasa sendiri kehidupan tersebut.. makanya dengan ini aku sebagai orang yang dah agak penat hidup kat mesir ni menasihati supaya ngkorang mengcekalkan hati korang supaya ianya tak jadik manje dan lemah.. kuatkanlah semangat dan ikhlaskan niat korang datang sini semata2 untuk mengutip mutiara ilmu daripada ulama2 al-azhar supaya satu hari nanti korang akan dapat mencapai target membawa pulang segulung ijazah dan selaut ilmu yang korang berjaya korek daripada dada2 ulama2 di bumi anbiya ni.. janganlah dilihat kepada letihnya kehidupan disini kelak akan tetapi lihatlah pada agungnya nikmat peluang menuntut ilmu fi sabilillah yang Allah dah anugerahkan kepada kita melalui redha ibu bapa kita yang melepaskan kita ke sana.. pasakkan dalam hati akan matlamat ini nescaya kita tak akan bengkok dan tersasar sepanjang perjalanan kita di mesir kelak..
nawaitu:
pergi mesir nak cari redha Allah dan RasulNya
pergi mesir membawa harapan ibu bapa untuk melihat anak mereka berjaya
pergi mesir membawa harapan masyarakat untuk kembali mengislah kerosakan dan kefasadan yang berlaku dikalangan mereka
pergi mesir untuk belajar bukan untuk bekerja mahupun melancong
pergi mesir untuk ke kuliah bukan untuk jadi pendownload muvie dan pemarathon citer anime j-drama k-drama mahupun series
pergi mesir untuk spend masa bersama ulama bukan habiskan masa bersama tilam dan selimut
selain itu terdapat juga lagi persediaan rohani yang amat penting yang tidak boleh tidak kita jadikan prinsip bagi diri kita dan persediaan2 inilah yang kita perlu adakan dan didikkan kedalam hati sanubari kita.. iaitulah..
1. perlu bersabar dengan setiap dugaan yang bakal ditempuhi
2. tidak sekali-kali berputus asa daripada kegagalan yang diterima
3. redha dengan apa yang ditentukan oleh Allah
4. usaha dan keyakinan bukan semata2 penentu kejayaan dalam peperiksaan
kalau kita bersedia dengan memperkemas niat kita sejak sebelum kita pegi ke mesir lagi.. dan kita istiqamah atas niat yang kita kemaskan sejak dari mula lagi tu.. insyaAllah kita akan hidup dengan panduan dan jalan yang selamat dan tidak tersasar semasa sepanjang kita berada disana kelak.. biiznillah..
juga termasuk dalam persediaan rohani adalah persediaan daripada segi ilmu kita.. sebaiknya mulakanlah menyibukkan diri dengan menghafal Quran supaya mudah untuk menghadapi mukoror yang ditetapkan oleh pihak universiti.. Quran bawak banyak syafaat pada kita.. hafallah kalam Allah ini dengan tujuan untuk menjaganya.. bukan sekadar untuk sekadar lepas peperiksaan.. insyaAllah ia akan menjaga kita hingga menjadi teman kita didalam kubur membawa kepada mudahnya hisab kita diakhirat kelak..
juga persiapkanlah diri kita dengan ilmu2 asas yang penting seperi ilmu komunikasi bahasa arab tidak kita samada ammiyah atau fushah.. kalau di mesir.. ammiyah lebih2 lagi perlu kerana ianya amat penting untuk digunakan dalam muamalah kita seharian.. cari2lah kat tenet ataupun rujuklah pada ustaz2 lepasan mesir tentang uslub2 yang digunapakai dalam bahasa ammi supaya kita tahu sedikit sebanyak dan mudah untuk memahami apa orang arab sana cakap.. supaya kita taklah kene tipu ke.. ape ke kan.. dahla orang arab ni kalu cakap orang puteh pun bunyi sleng arab dia jugak.. jadi sape yang ada kemampuan belajo dulu bahse ammi sebelum pegi.. itu adalah terlebih baik dan ianya memberikan satu advantage buat anda.. takde la nak terkedek2 tergagap2 lagi nak blajo becakap macam budak tadika kat sane..
daripada segi ilmu2 Islam pulak.. sebaiknya sebelum pegi mesir kita dah melengkapkan diri kita dulu dengan semua ilmu2 asas dan ilmu2 alat seperti ilmu nahu sorof.. arudh.. mantiq.. usul fiqh.. mustolah hadith.. dan sebagainya daripada ilmu2 yang pelbagai.. supaya kita dapat masuk ke al-azhar dalam keadaan kita bersedia untuk menerima ilmu yang lebih tinggi yang dicurahkan oleh para masyayikh kita disana..
seperti yang dikatakan oleh para masyayikh kami.. sepatutnya pelajar yang mahu menyambung pelajarannya ke al-azhar.. sekurang2nya perlu mengkhatamkan kitab2 kecil sejak dari malaysia lagi.. contohnya kalau dalam nahu, Matan Ajrumiah dan Syarah Qatrunnada patutnya dah siap mereka hadam kerana masuk aje taun 1 mereka [pelajar lughah la nih] akan terus dihidangkan dengan santapan daripada Audhah Masalik Syarah Alfiah Ibn Malik.. kitab kedua tertinggi dalam ilmu nahu selepas Mughni Labib.. jadi.. jika kita tiada asas yang kukuh.. maka agak sukarlah untuk kita menguasai tahap ilmu yang lebih tinggi dengan mudah..
dalam fiqh pula contohnya.. jika kita dapat hadam dengan kitab kecil seperti Nailurraja Syarah Safinatunnaja dan Matan Abi Syuja' serta syarahnya seperti Fathul Qaribul Mujib pun sudah mencukupi untuk kita jadikan asas untuk mendalami peringkat yang lebih tinggi dalam fiqh disini seperti Hasyiah Baijuri dan jugak peringkat yang lebih tinggi daripada itu seperti Hasyiah Bujairumi Alal Khatib dan Majmuk Syarah Muhazzab..
itu sikit sebanyak contoh yang ade.. ala kulli hal yang penting kita perlu bersedia dengan ilmu2 asas sebagai pengukuh dan pemudah urusan kita sepanjang pembelajaran kita semasa di mesir..
___________________________
yang ni tak payah aku elaborate panjang2 rasanya.. korang pun tau kesihatan tu merupakan satu nikmat yang besor yang Allah bagi pada kita.. kalau takde kesihatan semua bende kita nak buat tak jadik.. kalau tak sehat.. letak chicken chop depan mate pun tak rasa selere mane nak makan.. begitu jugaklah dengan belajar.. kalau kita tak bersedia dengan kesihatan jasmani.. ia akan menghalang kita dari merasa nikmatnya menuntut ilmu.. jika tiada kesihatan.. kita akan terhalang untuk berjalan jauh mencari para masyayikh untuk bertalaqqi.. kita akan terhalang untuk bangun malam dan murajaah pelajaran dan menghafal Quran.. kita akan terhalang untuk melakukan apa jua pun melainkan terbaring tanpa ada apa2 yang dilakukan.. nak baca buku pun takde mood kalau dah asik2 pegang buku je migrain.. bila tengok kulit kitab je terus dapat kanser.. [erkk.. ade ke manusia sakit gini ek?]
jadi.. pastikan kita mempunyai kesihatan yang memuaskan sebelum kita sampai ke mesir.. ini bagi memastikan kita jugak tak menyusahkan orang lain ketika keberadaan kita disana nanti.. memanglah kawan yang setia akan senantiasa bersama kita walau dalam senang walau dalam susah.. walau bagaimanapun kita perlu ingat.. kawan2 kita juga seorang pelajar.. setakat mana sangat mereka mampu nak jaga kita kalau2 kita 24jam asik nak menyusahkan mereka dengan penyakit kita.. jadi.. jika ada penyakit2 yang kita seniri rasa kita takkan mampu nak jaga diri kita.. rasanya tak perlulah nak berjauhan daripada keluarga di malaysia.. kerana kalau kita tetap berdegil untuk ke mesir kita hanya akan menambahsakitkan diri seniri dan lebih teruk lagi menyebabkan orang lain pula bersusah payah dan turut sakit dan bersusah payah sebab menjaga kita..
camne cara nak jaga kesihatan.. hok tu aku maleh jugak nak citer kat sini.. posting ni bukan nak citer pasal tips2 kesihatan.. nak tau hok tu pegi la hospital tanye kat doktor.. takpun search jelah kat tenet ke tanye petua orang tua2 ke.. wat senaman kucing ke.. rimau belang ke.. ikut sekati siku korang jelah aku tak masuk campo yang tu.. ngehehehe..
_____________________________
sebenornye 2 persediaan kat ateh ni korang tak tanye pon kan.. yang ni je sebenornye yang korang nak tau.. barang2 ape nak hangkut.. tapi takpelah.. saje jer aku citer skali yang atas tu.. pakej.. heheh..
kebiasaannya pelajar baru datang ke mesir dalam keadaan musim panas yang hampir berakhir.. bulan ramadhan ataupun area2 lepas raya merupakan musim yang panas membahang mula menurun dan kesejukan sikit demi sikit mula terasa.. awal winter lah pendek katanya.. dalam area bulan 11 baru masuk winter.. jadi kebiasaannya persediaan barang2 untuk dibawa kemesir adalah berlegar disekitar persediaan untuk menghadapi musim sejuk.. yang mana musim ini tiada di malaysia.. barang2 musim panas no hal punye.. kita kat malaysia pun dah biasa sangat panas sepanjang tahun.. jadi yang banyak nak diambik ihtimam adalah barang2 musim sejuk..
untuk makluman musim sejuk di mesir tidaklah sama seperti musim2 sejuk yang kita nampak dalam felem2 omputih ataupun memane lah.. kerana musim sejuk di mesir tiada salji.. kalau korang datang mesir semata2 nak main salji.. maka janganlah diharapkan harapan itu kerana ianya tak berlaku.. namun jangan disangka musim sejuk yang tiada salji ini tidak menyejukkan.. bahkan terkadang ianya lebih menyejukkan dan mengilukan tulang daripada musim sejuk di negara yang salji turun.. ini kerana musim sejuk di mesir adalah sejuknya yang datang daripada angin yang bertiup.. angin bertiup kencang di negara mesir.. maka kesejukan akan bertambah mendadak dengan bertiupnya angin.. akan tetapi jika angin yang keluar daripada buntut sahabat anda yang bertiup kencang.. maka angin jenis itu tidaklah menambah kesejukan bahkan menaikkan lagi kepanasan suhu kebengangan anda.. tambah2 lagi yang bau petai ataupun bangkai.. itulah sebaik2 cara untuk memanaskan badan dimusim sejuk.. suh kawan kome kentut kat muka kome.. hahaha..
Antara barang2 yang perlu diambil ihtimam:
1. sweater tebal
aku nasihatkan takpayah beli kat malaysia pon takpe.. kat sini biasanya abang2 akan bawak korang gi tempat bundle sweater yang murah2 dan lebih lawo2 dan tahan sejuk.. jadi.. tak payah lah kembungkan beg kargo korang dengan membeli sweter kat malaysia.. tinggal bawak duit jer.. bleh dapat sweter skitar harga LE70-LE150 [approx RM40-RM100] yang lawo2..
2. baju fit
yang ni aku nasihatkan korang beli siap2 kat malaysia.. untuk dipakai kat dalam sweater.. tapi ada jugak kat sini jual cuma payah nak cari yang berkualiti.. eloknye beli la kat malaysia.. baju fit ni gunanya supaya badan kita tak masuk angin.. tahan sejuk..
3. stokin tebal
kat sini pon belambak jer jual stokin.. tapi banyaknye tak berapa bes dan tak kualiti.. jadi nak pueh hati.. bawakla stokin daripada malaysia..
kalau ngkorang pakailah.. kalau tak pakai takpe je.. cumenye nak kabo yang jeans malaysia better than jeans mesir.. ramai budak2 sini pakai jeans musim sejuk sebab tahan sejuk.. tapi musim panas pon ramai je pakai jeans.. almaklumlah.. jin banyak kan sini.. ala kulli hal tak kesahlah korang nak pakai suar apepun janji tutup aurat sudah.. suar slack cotton cam dockers ke ben davis ke ape ke tu takyah bawak banyak daripada malaysia pon takpe sebab bundle kat sini pon agak sempoi2 jugak.. cume kene pandai cari lah.. nak tau bundle best kat mane carilah aku.. tapi waktu korang cari aku tu aku dah ade kat malaysia dah la.. bundle sebelah umah aku pun ade.. blehla kalo nak pegi.. hahaha..
5. suar dalam + baju dalam
yang ni pon penting jugak nak bagitau.. bahawasanya buatan mesir memang tak berkualiti dan tak bes.. kalo untuk akhawat lebih2 lagi lah.. takut korang punye takde saiz jer.. taujelah kan badan arab camne.. jadi.. better bawak siap2 daripade melesia.. untuk keselesaan seniri jugak.. [part ni takleh elaborate panjang2 kang jadik novel..hahaha]
6. seterika
dulu ustaz aku pesan takpayah bawak seterika buat berat beg kargo je.. sini ade jual.. tapi setelah aku datang seniri aku mendapati bahawa aku terpaksa berkhilaf dengan pendapat ustaz aku tu.. kerana seterika kat sini kebanyakannye macey harey.. cepat beno jahanam + tak paneh mane.. jadi untuk kepuasan sniri juga.. better bawak la streka yang elok sikit daripade melesia.. yang besi berat sket tu.. [tapi tu pun kalo korang jenis yang sterika baju la.. kalau jenih macam aku ni malas bior duk pakai kedut2 jer.. tak payah susah2 bawak pon takpe.. ngeh3.. apepun Islam menggalakkan kekemasan.. jadilah seorang yang bersih dan kemas.. oke]
7. kitab2
seeloknya bawaklah kitab2 korang terutama kitab2 yang memang korang dah dhobit daripada dulu dan jugak kitab2 melayu kerana setelah keberadaan korang kat mesir percayalah bahawasanya korang akan rasa ingin merujuk kembali segala kitab2 yang korang tinggalkan kat melesia dan korang akan merasakan kerinduan untuk membace kitab berbahasa melayu.. termasuk jugak kamus2 arab-melayu yang kadang2 diperlukan walaupun kat sini belambak jual Maajim2 seperti Lisanul Arab.. Mukhtar Sihah.. Mu'jam Asasi.. Mu'jam Wasit.. Munjid.. dan len2.. saranan saye bawaklah Kamus Besar Arab Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan jugak Kamus At-Tullab karangan Ustaz Husain bin Unang yang kulit kitab kaler merah tu.. kalo Kamus Miftah sini pon ade juey.. kamus arab-melayu amat berguna sebagai rujukan sampingan disisi maajim2 bahasa arab yang ada.. terutama bagi mereka yang gemar menterjemah kitab.. yelah kan.. macam aku ni kadang2 terlupa perkataan2 bahasa melayu.. [nasib baik la aku reti lagi cakap melayu kan? kan?]
8. makanan + barang dapo
part ni je sebenornye yang paling penting.. part makan.. memandangkan korang akan duduk lame kat mesir.. jadi korang akan merasakan kesangapan terhadap makanan2 malaysia.. jadi.. seelok2nya korang penuhkanlah beg kargo korang tu sampai cukup 800kg dengan barang2 dapo.. tak rugi korang bawak banyak2 mende2 ni.. baju ke pakaian ke bleh bli sini banyak lawo2.. tapi barang makanan malaysia.. mintak mahap le.. kalo ade pon jual kat kaherah ni.. mahey nak mampos.. bayangkanlah kopok double decker yang singgit stengah kat melesia tu berharga LE6.50 kat sini.. semua itu gara2 sangap makanan malaysia.. [korang tau ke sangap tu ape?]
jadi disini aku akan statekan mende2 yang takde kat mesir.. korang bawaklah banyak mane pon korang nak hangkut.. lagi banyak lagi lama korang bleh makan..
kita mulakan dengan bende yang ade kat mesir yang takpayah bawak pon takpe.. beli kat kedai belambak2.. iaitulah bunge lawang, bunge cengkih, kulit kayu manis, halia, kiub ayam, kiub daging, kicap, santan kelapa kering dan.. ape lagi tah..
adapun bende2 yang takde kat mesir yang perlu korang pikul sebanyak mungkin adalah seperti berikut:
serbuk kari ayam
serbuk kari ikan
serbuk kurma
serbuk sup
pes/kiub tomyam
sup bunjut
ikan kering
ikan bilis
keropok keping/papedem
serunding
kerisik
lengkuas
bihun
suhun
nestom
kacang ijau
pulut itam
selasih
agar2
asam gelugor
asam jawa
asam masin
kurang hasam
belacan
pek santan serbuk
daun kari (keringkan)
daun limau purut (keringkan)
daun rambutan (basahkan)
tuan tanah kedaun
megi
tu yang aku ingatlah.. kot2 sahabat2 kita dak2 mesir yang baca blog aku ni rasa ada tambahan lagi yang aku tak ingat nak buh.. tambahla dalam ruangan komen oke.. tolong adik2 kita yang nak datang ni..
"aku mana reti masak.. maleh aku masak2 ni.. bek tak payah bawak semua ni.. pegi sana mesti ade orang masak kan.. aku duk goyang kaki je makan sudahlah.. dah ade yang pandai dan rajin masak.." ----> inilah pemikiran sesetengah daripada korang.. ataupun lebih tepat kita katakan daripada sesetengah pelajar mesir..
kalau korang rasa korang nak dibenci dan dimaki oleh seluruh housemate serumah korang samada didepan atau dibelakang korang.. dengan sukacitanya aku menjemput silalah berpemikiran sedemikian..
hidup di mesir bersama kawan2 memerlukan ukhwah yang sangat tinggi.. hormatilah mereka yang hidup bersama2 dengan kita.. belajar apa yang kita tak tahu dan jangan malu.. everybody start from zero rite? lantaklah orang nak kate 1st time masak mi jadi bubur ke.. nak masak rendang jadi nasik goreng ke.. nak masak kari jadi tomyam ke.. pedulikkan.. yang penting kita belajar.. belajar bukannya sekadar mengadap buku.. ada pelajaran yang kita tak dapat daripada buku tapi dapat daripada kehidupan.. daripada pengalaman.. jika tiada pengalaman tu.. nescaya hidup kita akan kekurangan.. tak lengkap.. serba tak kena.. jadi.. seeloknya.. bersedialah dari malaysia.. cuba2lah memasak nasik dengan kaedah sukatan air yang betul.. cuba2lah memasak lauk walau sekadar telo mata kerbau atau telor dadar.. sebagai permulaanlah.. kalau dah sampai 7 taun duk mesir pun tau goreng telo je jugak memang nak kene jentik lah telo tuh..
kalaulah korang tau apa yang ada pada GARGIL.. nescaya korang akan tanam ia walaupun dibawah katil..kesimpulannye.. bawak jelah ape2 yang korang rasa nak bawak.. abeh2 pun korang yang kene bayo kat epot sebab overload bagasi.. hihihi.. kalo maleh sangat nak bawak semua.. korang bawak diri je sudah.. habeh cite.. heheh..
selamat datang ke ardil kinanah jumhuriah misral arabiah.. :)
Tenkiu Ust Pamiesz




