Ikut Sama,,,

Thursday, March 22, 2012

Bosnia: Lukanya belum sembuh



Oleh DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG

DALAM lawatan ke Eropah bagi menunaikan permintaan Milli Gurush, NGO Islam terbesar dan berpengaruh di rantau itu, saya diberi penghormatan menjadi salah seorang ahli panel forum anjurannya di Vienna, Austria, negara yang meng- isytiharkan Islam menjadi agama rasmi kedua selepas Kristian. Forum yang mendapat sambutan hangat daripada ribuan anggota masyarakat Islam Eropah, dengan penyertaan ahli panelnya, Dr Yusuf Nada bekas bendahari Ikhwan Muslimin dan mantan Gabenor Bank Taqwa di Geneva; Prof Rajae Kutan mantan menteri dari Turki dan saya mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Saya mengambil kesempatan melawat negara baru Bosnia Herzegovina yang ditubuhkan di atas darah dan air mata rakyat dan ratusan ribu para syuhada yang berkorban menentang kezaliman yang mengerikan dalam sejarah dunia moden. Sebelum ini saya telah membaca sedikit sebanyak sejarah kedatangan Islam di Bosnia Herzegovina dan terjemahan tulisan agung bertajuk ‘Islam di antara Timur dan Barat’ hasil karya Bapa Kemerdekaan Bosnia Herzegovina, Almarhum Ali Ezzat (Alija Izetbegovic). Kedatangan saya disambut meriah oleh kalangan tokoh Islamnya, daripada Muftinya Dr Mustafa Syerec, ahli-ahli akademik, para pemimpin pelajar dan NGO Islam. Saya diberi penghormatan menyampaikan ceramah dan berdialog khusus dalam topik ‘Islam dan Masyarakat Majmuk’. Pengalaman PAS dengan masyarakat majmuk di Malaysia sejak lebih 50 tahun, sebagai parti pembangkang, pernah bersama ke- rajaan Pusat, memerintah kerajaan negeri dan bertahaluf dengan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat. Mereka sangat mengenang jasa dan menghargai Malaysia seluruhnya, pemimpin dan rakyat tanpa mengira fahaman politik, kerana kita bersatu dalam isu Bosnia Herzegovina yang terkenal itu. Antara yang menarik perhatian saya ialah, sejarah kedatangan Islam, pemimpinnya Ali Ezzat dan perjanjian Dayton yang membawa kepada penubuhan negara Bosnia Herzegovina bermasyarakat majmuk. Ia mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa dengan syarat luar biasa tanpa memberi kemerdekaan sepenuhnya kepada penganut Islam. Rantau Balkan didiami tiga etnik sejak zaman-berzaman - Serb, Croat dan Bosnia. Dulu tiga kaum ini menganut agama Kristian mazhab berbeza.

Islam melalui pedagang

Kaum Bosnia berpegang kepada mazhab Bogomil, kaum Serb bermazhab Ortodoks dan kaum Croat bermazhab Katolik. Kedatangan Islam di rantau Balkan itu sangat unik, apabila diterima oleh bangsa Bosnia, raja dan rakyat seluruhnya dengan mudah menerima Islam yang dianut tanpa paksaan. Menurut sejarahnya, bangsa Bosnia menganut agama Kristian mazhab Bogomil, cabang mazhab Ortodoks yang beriman bahawa Nabi Isa a.s. adalah hamba Allah dan Rasul-Nya, seorang manusia biasa yang dilantik oleh Tuhan menjadi Rasul, bukannya anak Tuhan. Mereka tidak memakan daging babi kerana haram dan banyak lagi persamaan dengan ajaran Islam. Mereka mengenali Islam pada mulanya melalui pedagang. Hanya sedikit sahaja yang menganut Islam pada awalnya. Apabila tentera Uthmaniyah Turki mengalahkan raja–raja Serbia, Croat dan Bosnia, kaum Bosnia bermazhab Bogomil terus menganut Islam. Adapun kaum Serb dan Croat terus berpegang dengan agama mereka. Maka pengenalan bangsa Bosnia terhadap Islam lebih luas dan terbuka. Pelaksanaan hukum Islam yang adil untuk semua dan persamaan Islam dengan mazhab Ortodoks Bogomil menjadikan mereka semua menerima kedatangan Islam dan menganutnya. Perubahan kepada Islam oleh bangsa Bosnia menimbulkan kemarahan dan permusuhan keras daripada pihak Serb dan Croat. Maka tercetus permusuhan sengit terhadap kaum Bosnia yang menganut Islam sejak berabad-abad kedatangan Islam. Mereka menjadi mangsa serangan daripada kaum lain dengan kejam. Pada masa kerajaan Uthmaniyah masih kuat, umat Islam mendapat perlindungan yang kuat tanpa memaksa penganut agama lain menganut Islam dengan konsepIslam memberi kebebasan beragama dan mendirikan rumah ibadat dan mengizinkan gereja-gereja yang didirikan sebelum kedatangan Islam dan banyak gereja lama masih terpelihara sehingga kini. Ini menunjukkan Kerajaan Islam Uthmaniyah melaksanakan konsep kebebasan beragama terhadap panganut bukan Islam. Apabila kerajaan Uthmaniyah dalam keadaan lemah kerana terpaksa menghadapi masalah dalaman dan musuh luar daripada Timur dan Barat, memaksakan mereka berundur dari Bosnia Herzegovina. Ini menyebabkan separuh penganut Islam daripada kaum Bosnia yang menjadi sasaran dendam. Mereka terpaksa berhijrah ke negara Islam atau mana-mana negara yang bebas beragama. Separuh lagi yang tidak mampu berhijrah, terus menjadi mangsa kezaliman sehingga zaman diktator Jeneral Josip Tito yang menubuhkan negara Yogoslavia selepas Perang Dunia Kedua.

Adakan pungutan suara

Tito yang menjadi pejuang negara berkecuali berpura-pura menunjukkan kepada tetamu luar negara kebebasan kepada penganut Islam dengan mendirikan masjid besar di bandar Belgrade, ibu negara Yogoslavia. Padahal amalannya menindas dengan kejam terhadap kaum Bosnia yang menganut Islam di seluruh negaranya. Apabila tamatnya era komunis selepas kematian Tito, Yogoslavia ikut berkecai. Masing-masing kaum berpisah menjadi negara merdeka. Bagi kaum Serb dan Croat boleh menubuhkan negara merdeka masing- masing. Namun kaum Bosnia penganut Islam tidak diizinkan. Keadaan lebih mengganas berlaku terhadap umat Islam. Walaupun mereka juga mahu mengadakan pungutan suara secara demokrasi, tetapi tidak diiktiraf oleh negara Barat yang mendukung dan melaungkan demokrasi dan hak asasi manusia secara memandang serong terhadap penganut Islam. Muslimin Bosnia dibelasah secara terbuka di hadapan tentera antarabangsa dari Barat. Apabila keadaan tidak mampu ditutup rahsianya, tentera daripada beberapa negara umat Islam termasuk daripada Malaysia diizinkan memasuki Bosnia Herzegovina di bawah panjipanji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Maka dapatlah sedikit bantuan daripada umat Islam yang bersimpati. Dengan sedikit bantuan dan keimanan kental mereka mara sedikit kehadapan dan menunjukkan tanda kemampuan mempertahankan diri. Maka datanglah bantuan Pertubuhan Perjanjian Atlatik Utara (Nato) yang membisu sebelumnya. Lalu dimeteraikan perjanjian Dayton dengan dihentikan peperangan dan penubuhan negara Bosnia Herzegovina yang berkongsi kuasa agak unik dengan kaum Serb dan Croat yang sudah ada negara bagi mereka, tanpa hak sepenuhnya berdaulat bagi umat Islam bangsa Bosnia. Apa yang paling menarik perhatian juga ialah banyak masjid menjadi mangsa serangan, sedangkan gereja tidak diserang. Ini kerana ia dilarang oleh agama Islam, juga menunjukkan betapa kaum Bosnia yang menganut Islam itu terus berpegang dengan ajaran agamanya, walaupun dalam keadaan yang tertekan. Pemimpin utama Bosnia bernama Ali Ezzat yang pernah ditahan dalam tempoh yang lama kerana hasil pemikirannya yang dibukukan bertajuk ‘Islam di antara Timur dan Barat’ menjelaskan perbezaan antara ‘religion’ (agama mengikut mafhum Barat) dan ideologi ciptaan manusia bagi urusan cara hidup, dengan Islam sebagai Al Din yang lebih luas daripada makna agama dan ideologi. Saya terpaksa membaca bukunya dengan teliti mengikut nasihat penterjemahnya untuk memahaminya, menunjukkan kehebatan penulis dan ilmunya. Beliau menegaskan perlunya suatu ajaran yang mengandungi dasar dan konsep menyeluruh menjadi panduan makhluk manusia yang bercirikan roh dan jasad, perasaan dan akal, individu dan bermasyarakat madani, berpijak di bumi dan memakmurkan bahannya. Pusingan bumi pula berkaitan dengan langit dan tanggungjawabnya sampai ke alam akhirat, merangkumi hubungan alam dengan Penciptanya. Ia hanya dapat dipenuhi secara sempurna oleh petunjuk Allah Pencipta alam yang dinamakan Islam. Tidak ada pada religion dan ideologi. Pendedahan kemelesetan ideologi sebelum berkecainya komunisme yang menolak agama dan ideologi lain yang memisahkan agama daripadanya dan agama yang tidak ada petunjuk dalam urusan cara hidup. Penulisannya yang tajam menembusi tabir besi komunis walaupun jasadnya dipenjarakan. Walaupun Barat berdegil untuk menghalang perjuangannya yang ditulis untuk dilaksanakan bagi menyelamatkan umatnya dan manusia sejagat. Saya sempat menziarahi pusaranya yang dikelilingi oleh ribuan pusara para syuhada yang dibunuh dengan kejam kerana tindakan yang sama dikisahkan oleh al-Quran: Kisah kerajaan Yahudi di Najran yang membunuh mereka yang beriman kepada ajaran Allah yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. berlaku sebelum kelahiran Nabi akhir zaman Muhammad s.a.w. yang termasuk dalam Rukun Iman bagi penganut Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Paling menarik perhatian saya ialah masjid di Sarajevo ibu negara Bosnia itu dipenuhi makmum pada waktu asarnya laksana sembahyang Jumaat dan majoriti makmumnya adalah anak-anak muda. Ia menunjukan bahawa cahaya petunjuk Allah yang bernama Islam tidak boleh dipadamkan dan akan terus bersinar untuk menyelamatkan manusia dengan agama yang adil untuk semua.

Akhbar Harakah Edisi 1726

􀀥􀀬􀀯􀀃􀀔􀀚􀀕􀀙􀀃􀂇􀀃􀀕􀀙􀀃􀂱􀀃􀀕􀀜􀀃􀀵􀀤􀀥􀀬􀀸􀀯􀀤􀀮􀀫􀀬􀀵􀀃􀀔􀀗􀀖􀀖􀀃􀀒􀀃􀀔􀀜􀀃􀀃􀂱􀀃􀀕􀀕􀀃􀀰􀀤􀀦􀀃􀀕􀀓􀀔􀀕􀀃􀂇

Tuesday, January 10, 2012

Ombak Rindu tragedi murahan

DALAM kebudayaan Barat, seni persembahan genre drama Greek menerapkan unsur tragedi sebagai asas penciptaan karya seni persembahan atau tulisan.

Merujuk karya ilmiah berjudul Makna Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam oleh Prof Muhammad Naquib Al-Attas, Tokoh Melayu Terbilang 2011 merumuskan unsur tragedi bukan lagi wujud dalam bentuk seni, malah ia wujud dalam pengalaman sebenar yang dialami oleh masyarakat Barat.

Menurut al-Attas, “Seakan-akan dalam pengalaman dan kesedaran itu diada-adakan berterusan rasa bersalah-durhaka yang menghantui mereka, yang diajarkan oleh agama sebagai dosa asal yang dilakukan bapa kepada segala insan, yang telah tersilap langkah terpikat oleh peluang yang disodori godaan si penghasut yang mahu menyaksikan kejatuhannya dari rahmat Tuhan.”

Selanjutnya, kejatuhan bapa segala manusia ke lurah kehinaan sebagai “Suatu sumpahan berterusan ke atas anak cucu dengan rundungan berterusan menyebabkan mereka merasa bersalah dan sentiasa menyakiti hati dan fikiran mereka sendiri sepanjang zaman.”

Selepas dibuang ke dunia, seperti pada babak pertengahan karya seni, peranan mereka tetap “Bertelagah dan melakukan keganasan”। Tambah al-Attas, “Ketagihan pada tragedi dan seni yang memperlakonkannya sedemikian laku sehingga agama sekalipun terpaksa ditempa dalam acuan त्रगेदी

MANUSIA PELAKON PENTAS DUNIA

Dunia bagaikan pentas besar di mana insan merekacipta, melakonkan dan menyaksikan drama (lakonan) hidupnya sendiri demi menghasilkan kelegaan diri mereka daripada rasa takut dan hiba akan kesengsaraan diri.” (khatarsis).

Al-Attas merumuskan, “Tragedi bukan lagi suatu bentuk seni, kerana ia telah memberi kesan nyata kepada kebudayaan dan kerohanian Barat pada semua zaman.”

Lebih jauh lagi, fahaman humanisme dan sekularisme yang muncul pada Zaman Pertengahan di Barat, “Beransur serempak dengan munculnya falsafah dan sains sekular yang telah menjadikan tragedi menggantikan agama sebagai jalan untuk memartabatkan keluhuran insan.”

Pengalaman tragedi dalam masyarakat Barat ini dijelaskan al-Attas dalam pengalaman Barat terhadap golongan gereja dan golongan pendeta Kristian yang sudah pastinya berbeza dengan pengalaman Islam.

TRAGEDI IDENTITI DALAM FILEM DI MALAYSIA

Filem Ombak Rindu arahan Osman Ali bermula tragedi Izzah dihantar bapa saudaranya Taha kepada Kelvin, pemilik kelab malam sebagai pelayan kelab dan pelacur sebelum dibeli oleh Hariz sebagai perempuan simpanannya. Babak awal memaparkan alam yang indah dan disusuli Izzah membaca doa selesai membaca al Quran.

Di kelab malam, Izzah dicengkam rahangnya oleh Kelvin dan orang-orangnya lalu dituangkan arak ke dalam mulut Izzah. Baju kurung Izzah dikoyak oleh Kelvin lalu pengsan. Apabila sedar, Izzah melihat Hariz menanggalkan bajunya dan meratah tubuhnya dengan mata nafsu haiwannya.

Izzah bersikap “pasrah” untuk dirogol Hariz. Izzah memaut kaki Hariz merayu-rayu meminta agar dirinya dibeli oleh Hariz. Izzah diperlakukan sebagai wanita murahan, sehingga meminta Hariz menjadikannya sebagai isteri, namun sanggup dinafikan hak-hak sebagai isteri demi menikmati hubungan seks halal. Mereka menikah di Selatan Siam.

Tragedi identiti dan nilai merujuk pada sifat zahir dan batin diri sebagai watak penjahat yang dipenuhi nilai keji seperti khianat, penipuan, pura-pura, munafik dan penonjolan sifat haiwan. Pernikahan Hariz dan Izzah dirahsiakan daripada ibunya oleh Pak Dollah dan isterinya. Mila sebagai selebriti yang baharu pulang dari luar negeri bercakap rojak dan Datin Suffiah yang berambut warna mengerbang, mendedahkan pangkal dada merupakan watak yang dicengkam tragedi identiti dan nilai yang kronis.

Wafiah, sahabat Hariz tiba-tiba muncul memeluk Hariz kecewa akibat cinta, merupakan watak tragedi nilai dan identiti. Taha juga mewakili watak yang mengalami tragedi identiti dan nilai. Pak Dollah dan isterinya sebagai watak manusia beragama yang pasif sekadar pembantu rumah. Sehingga Pak Dollah muncul tiba-tiba menyatakan Hariz adalah anak kandungnya kepada Datin Suffiah sebagai suatu bentuk tragedi identiti dan nilai.

Kerangka

Berdasarkan hujah tersebut, nyatalah Ombak Rindu dibikin dalam kerangka pengalaman Barat dengan penerapan unsur tragedi secara meluas. Penonton sama ada sedar atau tidak disihir dengan tragedi untuk berasa simpati kepada Izzah. Walaupun ada babak Izzah membaca al-Quran dalam bilik diintai oleh Hariz semasa Izzah masih perempuan simpanan Hariz, namun itu bukanlah bukti kuat menunjukkan Hariz bertaubat. Hariz hanya simpati pada Izzah atas tabiat kemanusiaan dan nafsu badaniah sahaja.

Tiada langsung babak memperlihatkan Hariz menunaikan ibadat hatta solat. Agama hanya tempelan sahaja. Kemuncak cerita ini ialah pendedahan tragedi Pak Dollah-Datuk Suffiah, tragedi penceraian Mila-Hariz. Walaupun Hariz dan Izzah menaiki kapal layar namun tiada babak menunjukkan Hariz berubah menjadi baik kerana agama, melainkan perubahan kerana simpati dan nafsu badaniah sahaja terhadap Izzah.

Hal ini berbeza dengan pengalaman Islam dimana Adam a.s yang sedar lalu memohon ampun dosanya biarpun terlontar ke dunia. Allah menjanjikan kepada Adam a.s dan zuriatnya hidayat dan keselamatan bagi mereka yang ikhlas melaksanakan agama Allah. Merajalelanya watak Datuk Suffiah, ingkar dan kerasnya Mila dan ketiadaan babak Hariz pulang kepada Allah membuktikan filem ini adalah filem tragedi murahan semata-mata.

Citra Agama

Manakala citra agama menerusi Izzah dalam keadaan terhina, ketidakupayaan dan pasrah dalam lembah kehinaan. Agama pada Izaah hanya pada tudung, kenaifan, mengajar dan membaca al-Quran. Agama pada Pak Dollah dan isterinya pada songkok dan pergi haji. Sampai bila kita hendak menyaksikan watak Melayu pincang dan keliru? Bilakah kita boleh berbangga pada filem kita yang mengangkat keunggulan identiti dan nilai jatidiri kita?

Usah tertipu aspek teknikal filem seperti sinematografi, pencahayaan, pengarahan dan lakonan sahaja, namun falsafahnya hancur mengaibkan orang Melayu dan Islam.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_13.htm
Related Posts with Thumbnails